Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.
Showing posts with label Kisah Dan Cerita Betul. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dan Cerita Betul. Show all posts

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.

Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan
banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.

Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.

Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.

Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.

Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.

Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).

Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.

Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.

Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.

Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini.

Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.

Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.�
“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.�

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.

Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.�

Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?

Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami.

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.

Sumber:Email



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

klik baca lagi untuk selebihnya..

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Akibat tersalah alamat Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Gara-gara tersalah usir, pasangan suami isteri Twanna Kirby dan Stephon McCary kehilangan rumah dan harta benda bernilai hampir 10,000 pound sterling.
Sebaik sahaja pulang dari kerja baru-baru ini, Twanna yang merupakan seorang pengawal keselamatan, dan suaminya Stephon mendapati mangga rumah mereka di Missouri, Amerika Syarikat, telah ditukar manakala harta benda di dalam rumah hilang tanpa kesan. Mereka terpinga-pinga, terkejut, marah dan pelik. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa salah mereka?
Sebenarnya mereka memang tidak bersalah. Ia berlaku apabila pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Missouri diarahkan supaya mengusir jiran Twanna dari rumahnya kerana tidak membayar sewa selama beberapa bulan. Bagaimanapun, mereka terambil alamat yang salah dan terus menuju ke rumah Twanna.
Apabila mendapati tiada siapa di rumah berkenaan,.. pekerja-pekerja itu masuk ke dalam dan mengeluarkan kesemua barang serta perabot yang ada di dalam. Barang-barang tersebut diletakkan di luar sebelum meninggalkannya begitu saja. Melihat barang-barang tersebut terbiar begitu saja, pencuri mengambil peluang. Kesemua barang dan perabot itu dibawa lari."Saya terperanjat besar sebaik sahaja pulang ke rumah,"kata Twanna,19."Kami bayar sewa rumah kami tepat pada masanya. Tapi kini kami telah kehilangan segala-galanya gara-gara kesilapan pekerja-pekerja majlis perbandaran itu,"katanya
Twanna berkata, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila dia dan Stephon, 20 melihat seorang wanita memasang mangga baru pada pintu rumah mereka.
:"Pada mulanya kami menyangka rumah kami dimasuki pencuri. Kemudian wanita itu memberitahu kami bahawa kami telah diusir keluar. Apabila kami masuk ke dalam segala-galanya sudah tiada, termasuk katil tiga orang anak kami dan juga bungkusan sampah sarap."
Twanna dan Stephon segera mengadu kepada pihak berkuasa tetapi tiada sebarang tindakan diambil selama tiga hari. Akibatnya, pasangan itu dan tiga orang anak kecil mereka terpaksa tidur dalam kereta.
Pegawai-pegawai majlis perbandaran akhirnya mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan semula rumah itu kepada Twanna dan Stephon.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Anaconda pantang lihat cahaya di dalam air.

Ular raksasa yang menjadi legenda di muka bumi ialah Anaconda. Kegerunan terhadap ular ini adalah kerana saiznya yang amat besar daripada ular-ular lain yang disaksikan manusia.
Laporan terhadap sifat ular ini berbeza. Ada yang berkata panjangnya kira-kira 22.5 meter (74 kaki) sementara ada pula yang menyebut Anaconda mempunyai panjang hingga 40meter (131 kaki).
Bagaimanapun seekor Anaconda yang dibunuh di Brazil pada tahun 1960 didapati berukuran 8.45 meter (27 kaki 8 inci). Panjang itu pun mengatasi ukulran mana-mana ular yang pernah dilihat di muka bumi.
Anaconda dan ular raksasa seumpama itu banyak terdapat di negara Amerika Selatan. Kebanyakannya mendiami tebing sungai dan ada yang sepanjang masa berada di dalam air sungai di negara seperti Brazil, Argentina, Paraguay, Peru dan Bolivia.
Ular raksasa itu ditakuti bukan kerana saiznya yang besar tetapi... kerana kegarangannya menyerang haiwan lain, manusia hinggakan kenderaan seperti perahu, bot dan kapal.
Seorang paderi yang bernama Victor Heinz berkat Anaconda mempunyai mata yang bercahaya dan berkilau sewaktu menyelam di dalam air. Jadi apabila ulau itu terlihat bot dan perahu yang berkilau maka lantas diserangnya kerana menganggap cahaya itu adalah musuhnya daripada jenis ular.
Untuk selamat menyeberangi sungai yang mempunyai Anaconda maka seseorang tidak boleh sama sekali membawa sebarang api atau lampu picit kerana cahaya itu akan pantas dikesan oleh Anaconda yang bersembunyi di dalam air. Pancaran cahaya akan mendorong Anaconda menyerang dan membunuh musuhnya.
Saiznya yang besar dan kepanjangan ular itu tidak mungkin boleh menyelamatkan manusia atau haiwan lain yang bertembung dengannya. Anaconda bukan sekadar boleh membunuh seorang atau dua orang dalam satu masa malah berupaya menumpas kumpulan manusia yang jumlah lebih daripada sedozen.
Pada tahun 1974 seekor Anaconda telah ditembak dan panjang ular itu adalah 22.5 meter. Seorang pelukis bernam Serge Bonacase yang menyaksikan pembunuhan itu berkata masyarakat di Brazil tidak pun terkejut dengan saiz ular ini kerana menganggap itu sebagai biasa saja.
Jadi bangkai ular dan tulangnya dibiarkan reput tanpa mempedulikan permintaan untuk membawa pulang ular itu ke Eropah untuk kaji selidik. Lagipun masyarakat asli Brazil merasakan di Eropah terdapat ular yang lebih besar daripada Anaconda.
Keganasan Anaconda dimuatkan di dalam sebuah buku berjudul On the Track of ther Unknown Animals karangan Bernard Henvelmans yang mencatatkan keganasan ular itu terhadap manusia.
Mengikut Bernard, ramai mangsa Anaconda mati di dalam air. InI kerana ular itu menyerang manusia daripada sungai. Mangsanya adalah kalangan pengembara yang menggunakan sungai untuk menjelajah belantara.
Sepanjang sungai Brazil di penuhi dengan Anaconda yang beraneka saiz. Anaconda besar bukan sekadar boleh membinasakan manusia malah boleh memecahkan perahu, bot dan kapal dengan sondolannya yang kuat dan pantas.
Kadangkala peluru senapang belum tentu mampu membunuh Anaconda. Ular itu yang terkena peluru menjadi semakin ganas dan memungkinkan ia menelan semua penumpang di dalam sesebuah perahu atau bot.
Tapi kini Anaconda sudah hilang dari sungai di Amerika Selatan. Keganasan manusia menyebabkan ular itu dibunuh hingga tiada lagi kesan untuk menyaksikan lagenda dan sejarah kewujudannya.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Alf Cassey kini mempunyai lengan kanan sahaja. Lengan kirinya telah putus kerana dibaham binatang peliharaannya-seekor buaya. Sungguhpun separuh lengannya putus, tapi Alf masih tetap menyayangi buaya berkenaan yang dinamakannya Charlene.
Walaupun binatang liar reptilia seperti Charlene mempunyai kulit keras yang menggerutu serta kelihatan begitu hodoh, Alf tetap memilih buaya tersebut menjadi binatang peliharaannya. Sudah bertahun-tahun dia memelihara Charlene dan dia amat sayangkan reptilia tersebut.
Tapi.. buaya bukannya kucing ataupun burung. Walaupun sudah dijinakkan buaya akan mengganas jika ia terlalu lapar. Tapi Alf tidak pernah terfikirkan perkara itu.
Pada hari berlakunya kejadian tersebut, Alf datang melawat ke tempat Charlene berendam. Alf menghampiri Charlene dan menepuk-nepuk kepalanya. Dibelainya badan Charlene dengan manja tanpa ada perasaan takut.
Apabila Alf datang kali kedua, dia membawa bersama beberapa ekor ikan untuk santapan buayanya itu. Charlene yang sudah beberapa hari tidak makan, terus meluru pantas menyambar ikan-ikan yang dihulurkan. Ngap! Charlene rupanya bukan sahaja menyambar ikan-ikan tadi tetapi turut membaham lengan Alf.
Walaupun demikian, Alf hanya menganggap kejadian ngeri itu sebagai satu kemalangan yang tidak desengajakan.
"Charlene hanya tersilap anggap bahawa tangan saya adalah ikan. Dia tidak bermaksud untuk mencederakan saya malah dia masih tetap sayangkan saya. Buktinya, Charlene tidak sanggup menelan tangan saya, sebaliknya memuntahkan kembali lengan yang telah disambarnya," jelas Alf.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Ahli matematik Switzerland, Leonhard Euler adalah tokoh matematik yang paling prolifik dalam sejarah bidang itu. Euler menjadi buta pada 1766, namun kecacatan itu tidak sedikit pun menghalang, menghenti atau memperlahankan sumbangannya dalam bidang matematik.
Walaupun buta, Euler mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Hasilnya, dia telah menerbitkan 800 kertas kerja mengenai matematik dan sebahagiannya amat panjang. Apabila meninggal dunia, Euler meninggalkan manuskrip matematik yang cukup banyak dan panjang yang menyebabkan pencetaknya terpaksa mengambil masa selama 35 tahun untuk menyiapkannya!


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Pada Zaman Pertengahan, Black Death telah menyerang Eropah mengakibatkan berjuta-juta nyawa terkorban akibat diserang sejenis penyakit berjangkit. Keadaan di Eropah pada masa itu amat cemas kerana setiap nyawa diancam maut.
Tanpa bantuan perubatan moden, masyarakat Eropah menggunakan kaedah-kaedah pencegahan yang aneh untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit berkenaan. Antaranya ialah;

*mandi air kencing manusia
*meletakkan lintah atau besi panas pada tubuh
*melumur najis di badan
*membakar kayu dan herba yang harum di dalam rumah
*meletakkan bangkai binatang di dalam rumah
*memakan leburan emas dan serbuk permata atau rubi
*memakai pakaian khas berbentuk burung dan memasukkan minyak yang berasa manis serta cuka di dalam paruh 'burung' tersebut.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Semasa Alexander Graham Bell sedang berusaha membuat telefonnya pada 1876, tiba-tiba asid bateri telah tumpah ke atas seluarnya. Bell segera memanggil pembantunya, "Watson, tolong datang ke sini. Saya perlukan pertolongan awak.:
Watson yang ketika itu sedang berada di tingkat lain bagunan berkenaan terdengar panggilan tersebut melalui telefon yang sedang dipasangnya lalu segera berlari menemui Bell.
Bell adalah pencipta telefon dan menjadi orang yang pertama bercakap menggunakan alat tersebut. Pada 1915, semasa talian telefon antara benua dilancarkan, orang pertama yang bercakap melalui alat perhubungan itu ialah Bell sendiri. Ketika itu dia berada di Pantai Timur Amerika Syarikat.
Ayat yang keluar dari mulut Bell ialah, "Watson, tolong datang ke sini. Saya perlukan pertolongan awak. "Bagaimanapun, Watson tidak dapat menemui Bell seperti yang dilakukanya pada 1876 dahulu. Watson mendengar panggilan Bell, tapi ketika itu dia berada di California, kira-kira 5,000 kilometer dari tempat Bell berada.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Perbuatan buruk akhirnya akan mendapat imbalan yang buruk juga. Tapi dalam satu kejadian di berlin, Jerman, balasan perbuatan buruk yang dilakukan oleh seorang anak bukan saja dirasai oleh pemuda terbabit,tetapi juga bapanya.
Dalam kejadian tersebut, Geri Kaprovi, 22, yang terlibat dengan kegiatan mencuri telah mengetuk kepala seorang mangsanya dengan sebatang belantan. Kaprovi seterusnya mengambil beg duit mangsanya itu, memeriksa wang yang terdapat di dalamnya dan melihat identiti pemiliknya, Rupa-rupanya mangsa Kaprovi pada hari itu adalah bapanya sendiri!.
Ditahan sejam kemudian, Kaprovi memberitahu polis, dia tidak perasan lelaki yang dirompaknya itu adalah bapanya sendiri hinggalah dia meneliti identiti pemilik beg duit tersebut.
Akibat kejadian itu, bapa Kaprovi dimasukkan ke hospital kerana manglami keretakan di tengkoraknya. Beliau kemudian mendakwa anaknya itu di mahkamah atas tuduhan merompaknya dengan menggunakan senjata.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Seorang peguam dari Lousiana, Amerika Syarikat berdiri di atas sebuah bot yang sedang teroleng-oleng di laut suatu hari pada 1987. Di tengah-tengah hujan lebat dan ribut petir, dia mendepangkan tangan ke langit lalu menjerit,"Aku di sini!!!" konon mencabar petir serta halilintar supaya menghentamnya.
Pesan orang tua, maut jangan dicari. Satu pancaran kilat tiba-tiba memanah peguam berusia 40-an itu, membunuhnya serta-merta. Nama awal lelaki tersebut ialah graves! (kubur)

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Penonton pertunjukan sarkis di Thailand bersorak riang melihat Od, si badut kerdil melenting-lenting di atas trampolin. Apabila dia memusing-musingkan badan di atas kanvas akrobatik itu, kanak-kanak ketawa riang. Malangnya dalam pertunjukan pada Julai 1999 itu, Od tersilap langkah lalu melambung ke arah seekor badak air yang berdiri di sebelah trampolin.
Melihat ada sesuatu menjunam ke arahnya, badak air tersebut membuka mulutnya luas-luas dan menelan objek tersebut. Penonton bersorak riang, menyangka ia adalah aksi olok-olok yang menjadi lumrah pertunjukan aksi.
Tapi apabila Od tidak keluar dan pekerja-pekerja sarkas kelam-kabut, barulah mereka sedar apa yang berlaku, Pelbagai usah dilakukan untuk menyelamatkan Od tapi sudah terlambat, badut kerdil itu sudah bersemadi di dalam perut badak air.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Pesan orang tua-tua maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Tapi manusia ini macam-macam perangai, ada juga yang 'bingung' dan suka mencari maut, misalnya...

Suatu petang pada 1883, Henry Ziegland yang sedang berehat di rumahnya di Honey Grove, Texas, Amerika Syarikat telah diserang oleh abang bekas kekasihnya. Lelaki tersebut meluru ke arah Ziegland dan..BANGGG! dia melepaskan tembakan. Ziegland tumbang, mukanya dipenuhi darah. Penyerangnya itu kemudian membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.
Selepas hening beberapa ketika, Ziegland tiba-tiba bangun. Rupa-rupanya dia cuma cedera ringan. Peluru tersebut hanya mengguris muka Ziegland kemudian menyasar ke pangkal sebatang pokok di belakangnya.
Lebih 30 tahun berlalu dan pada 1913, pokok berkenaan kini terlalu besar dan tinggi. Ia perlu ditumbangkan kerana menyesakkan halaman rumah Ziegland. Sebiji dinamit diikat pada pangkalnya dan...
DDAAAMM!! Satu letupan kuat kedengaran. Tiba-tiba peluru yang telah tiga dekad terbenam dalam batang pokok berkenaan terpelanting ke arah Ziegland. Dia rebah ke tanah dengan sebutir peluru-yang sepatutnya membunuhnya 30 tahun lalu- terbenam dikepala!

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.