Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.
Showing posts with label Cerita Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Cerita Hikmah. Show all posts

Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seseorang seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, Peringkat kehidupan terbahagi kepada lima iaitu:-

* Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia.

* Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan suami isteri sehinggalah berakhir dengan kematian.

* Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian
sementara sebelum dibangkitkan semula oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak.

* Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi menerima pengadilan.

* Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi
menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka.

Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman. Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semas di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan.

Alangkah cantik dan indahnya jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insane mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi. Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.

Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan
banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.

Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.

Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.

Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.

Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.

Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).

Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.

Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.

Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.

Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini.

Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.

Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.�
“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.�

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.

Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.�

Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?

Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami.

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.

Sumber:Email



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"
Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Insy-Allah, engkau akan sembuh.

Posted In: . By Kawan_Cyber

Pada suatu ketika seorang lelaki datang menemui ulama bernama Sofyan. Selain arif dalam bidang agama.Sofyan juga bijak dalam bidang perubatan.
"Wahai Sofyan, aku menderita penyakit jauh daripada Allah. Tolonglah berikan aku ubat penyembuhnya,"rayu lelaki tersebut.
Balas Sofyan,"Wahai saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa biji buah keikhlasan, daun-daun kesabaran dan perahan kesabaran hati. Letakkan semuanya itu dalam wadah ketakwaan, lalu kau tuangkannya ke dalam cairan rasa takut, kemudian adunkan ia dengan api kesedihan.
"Setelah itu, kau saringlah ia dengan saringan kewaspadaan dan ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah daripada gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada rakus dan serakah, insya-Allah engkau akan sembuh dari penyakitmu itu."

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Suatu ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu..

1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6. Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belu tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari illmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memukulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka berhati-hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.