Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts

Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seseorang seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, Peringkat kehidupan terbahagi kepada lima iaitu:-

* Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia.

* Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan suami isteri sehinggalah berakhir dengan kematian.

* Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian
sementara sebelum dibangkitkan semula oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak.

* Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi menerima pengadilan.

* Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi
menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka.

Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman. Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semas di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan.

Alangkah cantik dan indahnya jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insane mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi. Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


Klik baca lagi untuk selebihnye..

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.

Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Sumber:Email



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

klik baca lagi untuk selebihnya..

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?






Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.


* SENSITIF


Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


* CEREWET


Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


* HALUS


Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS


Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


* PERASAAN


Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


* PRIHATIN


Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


* MANJA


Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


* EGO


Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


* CINTA


Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!





* SEKS


Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Tulisan : Alzahrin Alias (Berita Harian 05/Feb/2011)



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

1- Gas methane yang terdapat pada timbunan najis babi di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang babi bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku babi berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.

2- Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.
Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.

3- Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.

4- Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.

5- Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.

6- Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.

7- Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum.

8- Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.

9- Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Makna yang Sebenarnya.

Optimis: Orang yang jatuh dari Menara Eiffel, tapi ketika di pertengahannya berkata, "Tengok, aku tak cedera pun!"

Bapa: Pegawai bank yang tercipta secara semula jadi.

Konferen: Kekeliruan seseorang yang digandakan dengan berapa ramai orang yang menyertainya.

Air mata: Kuasa hidrolik yang terhasil akibat kekalahan tenaga maskulin kepada aliran air feminin.

Perbincangan berkumpulan: Suatu lokasi tempat semua orang bercakap, tiada seorang pun dengar dan akhirnya, tiada seorang pun setuju.

Klasik: Buku yang semua orang puji tapi tak seorang pun membacanya.

Senyum: Lengkungan yang boleh menyebabkan semua benda lurus kembali.

Dan lain-lain lagi: Suatu perkataan yang akan membuatkan orang lain fikir anda tahu banyak bendas lagi (walaupun sebenarnya tidak!).

Diplomat: Orang yang berkat, "Boleh blahlah dengan engkau' dalam cara diplomatsi dan halus, yang anda fikir ia bermaksud hendak membawa anda melancong ke negaranya secara percuma!.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Di bawah ini kami senaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemanju lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).

5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negar a sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

-Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.

-Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

-Terdapat dua jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yang jarang ditemui dan kedua, ular buta yang hidup seperti cacing tanah di pulau itu.

-Sembilan puluh peratus daripada pembaca info ini tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui kemusykilan minda mereka.

[+/-] Baca Lagi...

 

-Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.

-Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

-Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.

-Kira-kira 17 peratus manusia adalah kidal, sama dengan gorila dan cimpanzi.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

- Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

- Apakah telur yang paling besar di dunia? Jawapannya ialah telur burung unta yang berukuran enam hingga lapan inci setiap satu. Disebabkan saiz dan ketebalan kulitnya itu, telur burunb unta hanya akan masak selepas direbus selama 40 minit.

- Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ni, ya!

- Hanya satu daripada 20 orang kanak-kanak akan dilahirkan pada hari yang diramalkan oleh doktor. Adakah anda salah seorang daripadanya?

- Tahukah anda, di waktu malam deria penglihatan golongan wanita lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah mencari lilin jika terputus bekalan elektrik di waktu malam. Orang lelaki jangan marah, ya!

- Mengunyah gula-gula getah semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih. Jika tak percaya, cubalah!

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.