Mungkin ramai yang terlupa tentang tanda2 hari kiamat ni walaupun pada masa sekolah dulu kita ada belajar mengenainya. Sebenarnya telah banyak tanda2 hari kiamat yang telah muncul pada masa sekarang. Untuk lebih jelas lagi silalah tonton video tanda2 hari kiamat di bawah ni..
Tempoh:43:32
Sumber: HarunYahya Tv
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Bangsa Yang Musnah.
Di sini saya nak kongsikan video yang bermanfaat kepada anda semua..Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripada apa yang telah berlaku kepada umat2 zaman dahulu kala.
Tempoh:39:38
sumber: HarunYahya Tv
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Pembantu rumah robot
Pembantu rumah robot
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
MEMBUAT roti bakar adalah antara kemahiran Twendy-One.
Twendy-One akan dikomersialkan pada 2015
ROBOT sebagai pembantu rumah? Ketika ini penggunaan robot untuk membantu kerja rumah, apatah lagi menggantikan tugas pembantu rumah sepenuhnya adalah mustahil. Bagaimanapun, siapa tahu apabila teknologi penciptaan robot semakin canggih, ia akan menjadi kenyataan.
Jepun sebagai antara negara termaju dalam teknologi robot giat membuat penyelidikan mencipta robot yang mempunyai hubungan erat dengan manusia.
Pembangunan robot yang menepati sifat ini penting, terutama bagi sebuah negara maju seperti Jepun yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan pada masa sama, golongan tua semakin bertambah.
Sehubungan itu, robot yang dapat berfungsi membantu manusia dengan selamat, boleh berkomunikasi dan tangkas bekerja semakin diperlukan.
Kebanyakan penyelidikan robot ketika ini lebih menumpukan terhadap aspek hiburan dan hanya sedikit kajian dibuat terhadap penciptaan robot yang memenuhi ciri seperti selamat, boleh diharapkan dan pantas.
Bagaimanapun.. universiti penyelidikan terkemuka Jepun, Universiti Waseda, baru-baru ini memperkenalkan Twendy-One, robot yang direka untuk membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut supaya boleh menggenggam seperti manusia serta menyokong tubuh apabila duduk dan berdiri.
Dinamakan sebagai Edisi Abad ke-21, Twendy-One adalah versi canggih robot Wendy yang dimajukan pada 1999.
Hasil penyelidikan berterusan, Twendy-One yang lemah lembut membolehkannya memegang sekeping roti tanpa menghancurkannya dan mengangkat orang dari katil.
Profesor Shigeki Sugano, yang mengetuai sekumpulan pensyarah kejuruteraan mekanikal Universiti Waseda, berkata Twendy-One adalah robot pertama di dunia yang mempunyai paling banyak sistem bersepadu.
TWENDY-ONE mampu membantu dan mengangkat orang kurang upaya dari katil ke kerusi roda.
Katanya, Twendy-One direka untuk hidup bersama manusia dan setakat ini adalah robot pertama mempunyai enam ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu, iaitu selamat, melahirkan sifat persahabatan, berkomunikasi, berkemahiran, mampu melakukan kerja fizikal dan bergerak.
Saiz Twendy-One rendah sedikit daripada purata ketinggian wanita Jepun, iaitu 1.5 meter (5 kaki), tetapi seberat 111 kilogram (245 paun), mempunyai tangan panjang, manakala mukanya seperti wajah makhluk asing dalam filem E.T.
Penciptaan robot ini mengambil masa hampir tujuh tahun dengan perbelanjaan berpuluh juta ringgit untuk menggabungkan semua ciri teknologi tinggi seperti tangan yang mempunyai 241 pengesan tekanan berbalut silikon, ke dalam robot yang anjal dan lembut.
Hasilnya, Twendy-One boleh meletakkan roti bakar di atas pinggan dan mengambil botol kicap dari peti ais apabila disuruh.
Robot ini mempunyai kebolehan bercakap dan boleh menyapa manusia dengan ucapan selamat pagi atau selamat menjamu selera.
Sugano berkata, Twendy-One direka dan dimajukan menjadi robot yang boleh dikeluarkan secara komersial untuk membantu golongan tua dan mungkin bekerja di pejabat pada tahun 2015 dengan harga kira-kira RM671,000.
Walaupun Twendy-One sudah cukup canggih, tetapi perjalanan masih jauh untuk melihat robot ini memenuhi ciri utamanya, iaitu mempunyai hubungan erat dengan manusia.
Sugano mengakui bahawa Twendy-One sangat rumit dan masih mempunyai banyak kelemahan seperti bateri hanya tahan selama 15 minit dan komputer di bahagian belakang badan mudah menjadi terlalu panas selepas digunakan.
Hanya faktor masa akan menentukan sama ada Twendy-One menjadi sempurna seperti diharapkan oleh Sugano.
Ketika masyarakat Jepun ternanti-nanti kemunculan Twendy-One pada tahun 2015, timbul persoalan sama ada masyarakat kita juga akan mengikut jejak negara maju yang memerlukan robot untuk melayan dan menjaga orang tua.
FAKTA
Twendy-One
Direka untuk membantu golongan tua dan orang kurang upaya.
Bertindak balas terhadap sentuhan dan arahan suara manusia.
Bahagian badan direka untuk menutup semua wayar dan berfungsi menyerap hentakan.
Bahagian atas badan mempunyai 13 segmen manakala tangan mempunyai empat jari yang boleh digerakkan beberapa darjah.
Kepala mengandungi pembesar suara dan dua mata yang sebenarnya adalah kamera CCD.
Boleh membongkok untuk mengambil benda di atas lantai.
Robot
Perkataan robot diperkenalkan pada 1921 oleh penulis Czech, Karel Capek, dalam persembahan pentasnya, R.U.R (Rossum's Universal Robots) mengisahkan mengenai manusia buatan.
Idea mengenai manusia buatan wujud sejak zaman purba.
Elektro adalah robot bersifat manusia pertama dalam sejarah moden dihasilkan Westinghouse Electric Corporation pada 1930-an.
Unimation adalah syarikat menghasilkan robot pertama ditubuhkan pada 1956.
Robot industri pertama dipasang pada 1961.
Robert Williams, seorang pekerja kilang di Amerika Syarikat adalah manusia pertama mati dibunuh robot. Bagaimanapun, kes kematian pekerja kilang di Jepun, Kenji Urada, akibat robot adalah lebih terkenal.
Honda Corporation mencipta robot, ASIMO, yang boleh mengenal wajah manusia, berjalan dan berlari serta bertindak balas terhadap arahan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
Robot kini digunakan dalam bidang manusia buatan ini lebih baik seperti dari segi produktiviti, ketepatan dan ketahanan. Ada bidang yang manusia lebih baik, tetapi robot lebih sesuai kerana kerja itu kotor dan bahaya.
Lebih 800,000 robot dipasang di seluruh dunia dengan 42 peratus di Jepun.
Sebahagian besar robot digunakan dalam industri automobil, pembungkusan, elektronik, ketenteraan. Di Jepun, robot berfungsi membantu orang tua.
sumber:Berita Harian
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Wanita ada 10 suami kena dakwa
MIAMI: Tempoh bulan madu sudah berakhir buat seorang wanita Cuba berusia 26 tahun selepas pihak berkuasa mendapatinya mempunyai 10 suami di Amerika Syarikat.
Eunice Lopez didakwa atas tuduhan mengamalkan bigami selepas pihak berkuasa imigresen Amerika mendapati dia berkahwin dengan 10 lelaki antara 2002 dan 2006 dan semua perkahwinan kekal hingga kini.
Akhbar The Miami Herald melaporkan kelmarin, siasatan ke atas perkara berkenaan mendapati adanya tujuh perkahwinan tambahan menggunakan nama pengantin dan tarikh lahirnya.
“Saya boleh beritahu anda bahawa tidak seorang pun individu yang dikahwininya mempunyai apa-apa jenis kediaman,” kata Terry Chavez, jurucakap bagi pihak Pejabat Peguam Negeri Miami-Dade.
“Kami hanya boleh menganggap dia melakukannya kerana wang, tetapi siasatan masih dibuka.” Lopez tiba di Florida Selatan dari Cuba pada 2002 dan seorang penduduk tetap Amerika.
Pendakwa raya berkata, Lopez menuntut wang tertentu bagi membantu mengekalkan status pendatang dan sentiasa meminta wang daripada suaminya dengan mengugut untuk mendedahkan identiti mereka jika gagal membuat bayaran. - AP
sumber:Berita Harian
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Macam-macam: Padah tak ikut pelan, bil telefon RM198,143
Macam-macam: Padah tak ikut pelan, bil telefon RM198,143
CALGARY: Seorang pekerja syarikat minyak yang melanggan satu pelan panggilan dengan sebuah syarikat menerima padah dan terpaksa membayar bil sehingga K$60,000 (RM198,143) gara-gara kesilapannya sendiri.
Piotr Staniaszek, 22, melanggan pelan khidmat syarikat Bell Mobility membolehkan dia menggunakan carian web pada telefon bimbitnya dengan bayaran K$10 (RM33) sebulan.
Bagaimanapun, pemuda itu memuat turun muzik dan filem dari telefon berkenaan ke komputernya menyebabkan dia dikenakan bil sehingga K$60,000 hanya dalam tempoh sebulan.
Jurucakap Bell Mobility berkata pelan yang dilanggan Staniaszek dikhaskan hanya untuk telefon bimbit. - Reuters
sumber:Berita Harian
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Itik haram logo halal
Itik haram logo halal
Oleh Sulaiman Salleh
sulaiman@hmetro.com.my
SEREMBAN: Sebuah syarikat pengedar itik beku di Taiping, Perak, dipercayai cuba berselindung di sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedangkan ternakan itu dikesan tidak disembelih dengan sempurna mengikut hukum syarak.
Syarikat terbabit menjual itik yang disembelih terlalu ringkas, malah urat merih (kerongkong) dan urat halkum haiwan terbabit tidak putus menyebabkan penyembelihan berkenaan sama sekali bertentangan dengan kehendak agama.
Perkara itu didedahkan pengguna yang terkejut..apabila mendapati itik beku yang dijual dalam bungkusan menggunakan logo halal Jakim dibelinya di sebuah pasar raya di negeri ini dikhuatiri tidak halal kerana sembelihan dibuat sambil lewa.
Mohd Hazli Othman, 26, berkata dia diminta rakannya yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah agensi kerajaan membeli kira-kira 50 itik beku di sebuah pasar raya.
“Saya terkejut apabila rakan memberitahu semua itik itu tidak disembelih mengikut hukum syarak,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Mohd Hazli berkata, semua itik beku itu dipulangkan kepada pasar raya terbabit dan lebih memeranjatkan pengurusan pasar raya itu memaklumkan itik yang dijual mereka tidak boleh dimakan orang Islam walaupun bungkusannya tertera logo halal.
“Saya menyangka pengurusan pasar raya itu mengambil tindakan serius mengenai kejadian itu dan menarik semula penjualannya, tapi kira-kira dua minggu kemudian, saya dapati produk itu masih dijual,” katanya.
Menurutnya, itik beku itu turut dijual di Pasar Besar Seremban dan beberapa pasar raya di negeri ini dengan harga RM8 sekilogram.
“Baru-baru ini saya ke syarikat yang mengedarkan produk itu di Taiping, tetapi tidak dibenarkan masuk tanpa mendapat kelulusan pengurusannya,” katanya.
Mohd Hazli berkata, sebagai pelanggan, dia berhak mengetahui produk dikeluarkan itu halal atau tidak.
“Produk dikeluarkan syarikat itu juga dikatakan turut dieksport ke beberapa negara jiran termasuk ke Asia Barat,” katanya.
Menurutnya, pihak berkaitan terutama Jakim diharap mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit jika didapati menggunakan logo halal palsu atau bersikap sambil lewa mematuhi syarat pengeluaran logo halal kerana ia menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam.
Sementara itu, Harian Metro yang menyemak status logo halal di laman web Jakim mendapati syarikat terbabit mendapat keizinan penggunaan logo halal daripada Jakim dan lesen itu akan tamat pada awal tahun depan.
Sumber: MyMetro
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Chewah bukan main lagi tajuk post kat atas tu macam 18sx je..tu saje je kasi gempak. Apa yang sebenarnya yang akan anda tonton adalah seorang pemuda yang dengan beraninya mencium mulut ular tedung selar (betul ke?). Sampai berpeluh-peluh orang tu..kita yang nonton ni pun rasa seram semacam je..tapi benda macam ni la orang suka tengok. Tak percaya ke? mungkin ada yang akan berkata " tu dah buang bisa tu..", " tu ular takde gigi agaknya.", " orang ni ada pakai jampi kot?" ataupun " ular jinak bolehla" yelah setiap orang ada pendapat masing2..
macamanapun saksikanlah sendiri aksi pemuda tersebut yang tanpa segan silu bercium dihadapan kamera..
Snakes - Watch the best video clips here
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Dah habis baca ke?: Ok ke cerita kat sini?..Saya harap anda kongsikanlah cerita kat sini dengan member2 anda yang lain samada dengan cara beri alamat url Blog Koleksi Cerita Menarik ini ( http://cerita-menarik-blog.blogspot.com ) secara terus kepada member anda melalui email ataupun jika anda juga mempunyai blog, saya tak kisah jika anda ingin copy cerita yang anda suka dan letakkan di blog anda tetapi dengan syarat anda mestilah meletakkan link http://cerita-menarik-blog.blogspot.com di dalam blog anda .Sekian Terima Kasih..(Kawan_Cyber)
Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.
Pernyataan Hakcipta: Segala Cerita dan Idea yang dipaparkan/dikongsikan di dalam Blog koleksi Cerita Menarik ini adalah hakmilik/kepunyaan Pemilik Cerita/Idea yang tertentu.Segala cerita dan idea yang terkandung di dalam blog ini diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya ialah buku, Internet dan Email. Sekiranya ada antara cerita/idea yang dipaparkan di Blog ini melanggar atau menceroboh hakmilik Individu/Syarikat dalam erti kata lain apa yang dipaparkan disini adalah kepunyaan/Idea anda dan tidak mahu ianya untuk dikongsikan bersama pembaca Blog ini, anda bolehlah menghantar email untuk memohon supaya Cerita atau Idea anda itu di keluarkan/delete daripada Blog ini.Sekian Terima Kasih..(Kawan_Cyber) niez_kb@yahoo.com.



My StumbleUpon Page



