Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.
Showing posts with label Cerita Binatang Peliharaan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Binatang Peliharaan. Show all posts

Percayakah anda kalau diberitahu ada orang yang membela ular sawa sepanjang 20 kaki di dalam rumah? Mungkin anda sukar untuk mempercayainya. Yang biasa kita lihat adalah kucing dan juga anjing yang menjadi binatang kesayangan, ataupun membela ikan hiasan di dalam aquarium. Binatang ini terkenal dengan sifat yang manja dan jinak. Saya sebelum ni pun hanya mendengar cerita sahaja, tapi tak pernah pulak melihatnya. Ada orang kata ular adalah sejenis binatang yang tak kenal tuannya, betul ke? tu bekas Cikgu saya yang cakap. Rasanya kalau nak bela ular ni nak kena bagi cukup makan kalau tak, bahaya..Mungkin kalau setakat cakap saja ramai orang tak percaya, jadi apa kata anda tengok sendiri video kat bawah ni...




Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Alf Cassey kini mempunyai lengan kanan sahaja. Lengan kirinya telah putus kerana dibaham binatang peliharaannya-seekor buaya. Sungguhpun separuh lengannya putus, tapi Alf masih tetap menyayangi buaya berkenaan yang dinamakannya Charlene.
Walaupun binatang liar reptilia seperti Charlene mempunyai kulit keras yang menggerutu serta kelihatan begitu hodoh, Alf tetap memilih buaya tersebut menjadi binatang peliharaannya. Sudah bertahun-tahun dia memelihara Charlene dan dia amat sayangkan reptilia tersebut.
Tapi.. buaya bukannya kucing ataupun burung. Walaupun sudah dijinakkan buaya akan mengganas jika ia terlalu lapar. Tapi Alf tidak pernah terfikirkan perkara itu.
Pada hari berlakunya kejadian tersebut, Alf datang melawat ke tempat Charlene berendam. Alf menghampiri Charlene dan menepuk-nepuk kepalanya. Dibelainya badan Charlene dengan manja tanpa ada perasaan takut.
Apabila Alf datang kali kedua, dia membawa bersama beberapa ekor ikan untuk santapan buayanya itu. Charlene yang sudah beberapa hari tidak makan, terus meluru pantas menyambar ikan-ikan yang dihulurkan. Ngap! Charlene rupanya bukan sahaja menyambar ikan-ikan tadi tetapi turut membaham lengan Alf.
Walaupun demikian, Alf hanya menganggap kejadian ngeri itu sebagai satu kemalangan yang tidak desengajakan.
"Charlene hanya tersilap anggap bahawa tangan saya adalah ikan. Dia tidak bermaksud untuk mencederakan saya malah dia masih tetap sayangkan saya. Buktinya, Charlene tidak sanggup menelan tangan saya, sebaliknya memuntahkan kembali lengan yang telah disambarnya," jelas Alf.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.