Alf Cassey kini mempunyai lengan kanan sahaja. Lengan kirinya telah putus kerana dibaham binatang peliharaannya-seekor buaya. Sungguhpun separuh lengannya putus, tapi Alf masih tetap menyayangi buaya berkenaan yang dinamakannya Charlene.
Walaupun binatang liar reptilia seperti Charlene mempunyai kulit keras yang menggerutu serta kelihatan begitu hodoh, Alf tetap memilih buaya tersebut menjadi binatang peliharaannya. Sudah bertahun-tahun dia memelihara Charlene dan dia amat sayangkan reptilia tersebut.
Tapi.. buaya bukannya kucing ataupun burung. Walaupun sudah dijinakkan buaya akan mengganas jika ia terlalu lapar. Tapi Alf tidak pernah terfikirkan perkara itu.
Pada hari berlakunya kejadian tersebut, Alf datang melawat ke tempat Charlene berendam. Alf menghampiri Charlene dan menepuk-nepuk kepalanya. Dibelainya badan Charlene dengan manja tanpa ada perasaan takut.
Apabila Alf datang kali kedua, dia membawa bersama beberapa ekor ikan untuk santapan buayanya itu. Charlene yang sudah beberapa hari tidak makan, terus meluru pantas menyambar ikan-ikan yang dihulurkan. Ngap! Charlene rupanya bukan sahaja menyambar ikan-ikan tadi tetapi turut membaham lengan Alf.
Walaupun demikian, Alf hanya menganggap kejadian ngeri itu sebagai satu kemalangan yang tidak desengajakan.
"Charlene hanya tersilap anggap bahawa tangan saya adalah ikan. Dia tidak bermaksud untuk mencederakan saya malah dia masih tetap sayangkan saya. Buktinya, Charlene tidak sanggup menelan tangan saya, sebaliknya memuntahkan kembali lengan yang telah disambarnya," jelas Alf.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email