Semasa Alexander Graham Bell sedang berusaha membuat telefonnya pada 1876, tiba-tiba asid bateri telah tumpah ke atas seluarnya. Bell segera memanggil pembantunya, "Watson, tolong datang ke sini. Saya perlukan pertolongan awak.:
Watson yang ketika itu sedang berada di tingkat lain bagunan berkenaan terdengar panggilan tersebut melalui telefon yang sedang dipasangnya lalu segera berlari menemui Bell.
Bell adalah pencipta telefon dan menjadi orang yang pertama bercakap menggunakan alat tersebut. Pada 1915, semasa talian telefon antara benua dilancarkan, orang pertama yang bercakap melalui alat perhubungan itu ialah Bell sendiri. Ketika itu dia berada di Pantai Timur Amerika Syarikat.
Ayat yang keluar dari mulut Bell ialah, "Watson, tolong datang ke sini. Saya perlukan pertolongan awak. "Bagaimanapun, Watson tidak dapat menemui Bell seperti yang dilakukanya pada 1876 dahulu. Watson mendengar panggilan Bell, tapi ketika itu dia berada di California, kira-kira 5,000 kilometer dari tempat Bell berada.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email