Akibat tersalah alamat Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Gara-gara tersalah usir, pasangan suami isteri Twanna Kirby dan Stephon McCary kehilangan rumah dan harta benda bernilai hampir 10,000 pound sterling.
Sebaik sahaja pulang dari kerja baru-baru ini, Twanna yang merupakan seorang pengawal keselamatan, dan suaminya Stephon mendapati mangga rumah mereka di Missouri, Amerika Syarikat, telah ditukar manakala harta benda di dalam rumah hilang tanpa kesan. Mereka terpinga-pinga, terkejut, marah dan pelik. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa salah mereka?
Sebenarnya mereka memang tidak bersalah. Ia berlaku apabila pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Missouri diarahkan supaya mengusir jiran Twanna dari rumahnya kerana tidak membayar sewa selama beberapa bulan. Bagaimanapun, mereka terambil alamat yang salah dan terus menuju ke rumah Twanna.
Apabila mendapati tiada siapa di rumah berkenaan,.. pekerja-pekerja itu masuk ke dalam dan mengeluarkan kesemua barang serta perabot yang ada di dalam. Barang-barang tersebut diletakkan di luar sebelum meninggalkannya begitu saja. Melihat barang-barang tersebut terbiar begitu saja, pencuri mengambil peluang. Kesemua barang dan perabot itu dibawa lari."Saya terperanjat besar sebaik sahaja pulang ke rumah,"kata Twanna,19."Kami bayar sewa rumah kami tepat pada masanya. Tapi kini kami telah kehilangan segala-galanya gara-gara kesilapan pekerja-pekerja majlis perbandaran itu,"katanya
Twanna berkata, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila dia dan Stephon, 20 melihat seorang wanita memasang mangga baru pada pintu rumah mereka.
:"Pada mulanya kami menyangka rumah kami dimasuki pencuri. Kemudian wanita itu memberitahu kami bahawa kami telah diusir keluar. Apabila kami masuk ke dalam segala-galanya sudah tiada, termasuk katil tiga orang anak kami dan juga bungkusan sampah sarap."
Twanna dan Stephon segera mengadu kepada pihak berkuasa tetapi tiada sebarang tindakan diambil selama tiga hari. Akibatnya, pasangan itu dan tiga orang anak kecil mereka terpaksa tidur dalam kereta.
Pegawai-pegawai majlis perbandaran akhirnya mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan semula rumah itu kepada Twanna dan Stephon.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email