Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.

Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan
banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.

Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.

Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.

Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.

Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.

Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).

Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.

Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.

Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.

Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini.

Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.

Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.�
“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.�

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.

Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.�

Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?

Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami.

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.

Sumber:Email



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 





Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....



Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


Klik baca lagi untuk selebihnye..

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.

Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Sumber:Email



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

klik baca lagi untuk selebihnya..

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Suatu kisah perbualan antara dua sahabat yg pernah aku dengar ..........Kisah benar yg agak lucu tapi mungkin kita dapat sedikit pengajaran drpdnya... !

Kalau anda berbual dengan orang yg suka berhutang selalu anda akan terdengar tutur kata begini...:

" Wah ngko sekarang nampak sudah senang, rumah pun besor, kereta pulak 4 buah, anak2 pun dan besor2....Hai!!Aku nie sekarang hidup susah tak mcm ngko....nak cari makan pun payah, hidup melarat...Boleh tak ngko tulun bagi tau aku kat mana aku bulih meminjam duit????

Sebenarnya, kata2 begini ditujukan kpd anda utk menjerat.....kalau anda bersimpati dgnnya bagilah duit tapi kalau anda tak mahu bagi duit (mungkin utang yg dulu pun blom clear), beginilah jawapannya.........

"Sebenarnya aku sekarang bukan saja senang seperti yg ngko nampak..Aku sekarang sudah kaya-raya!!!cuma aku tak mau nak menunjuk-nunjuk jer!! Aku mcm mana tak kaya,? kalu anak aku atau emak bapak aku mintak hutang pun aku tak bagi...!!!

Dgn kata2 demikian, org itu pun blah tak jadi nak utang....muahaaaaaaaaaaaaa!!

Sumber:Email

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?






Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.


* SENSITIF


Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


* CEREWET


Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


* HALUS


Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS


Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


* PERASAAN


Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


* PRIHATIN


Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


* MANJA


Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


* EGO


Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


* CINTA


Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!





* SEKS


Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Tulisan : Alzahrin Alias (Berita Harian 05/Feb/2011)



Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.