Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Monyet dan Harimau mana yang lebih berani dan tangkas?soalan yang kedengaran lucu tapi Sebelum korang jawab lebih baik tengok dulu video ni..

    


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Cerita Lucu Hadiah Perkahwinan
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

[+/-] Baca Lagi...

 

Cerita Lucu Derma Ikhlas

Posted In: , . By Kawan_Cyber

Cerita Lucu Derma Ikhlas
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


[+/-] Baca Lagi...

 

guru murid

Posted In: , , , , . By Kawan_Cyber

Cerita Lucu Guru dan Murid

Dalam makmal seorang guru kimia menerangkan kepada murid muridnya
mengenai bahaya minuman keras. Untuk itu dia melakukan ujikaji dengan
memasukkan seekor cacing ke dalam gelas berisi air bersih manakala
seekor lagi ke dalam gelas yang berisi minuman keras...Cikgu : "Murid
murid, tengok apa yang terjadi pada cacing ini."Beberapa minit
kemudian cacing di dalam gelas yang mengandungi air bersih berenang-
renang manakala cacing yang didalam gelas yang berisi minuman keras
itu terus tenggelam dan mati.Cikgu : "Baiklah murid murid, apa yang
dapat kamu pelajari daripada ujikaji tadi? Murid : "Untuk mengelakkan
kecacingan, minumlah minuman keras."

Moralnye:Yang sebenarnya bukan cacing tu je boleh mati, orang yang minum arak pun boleh mati sekali.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Menantu

Posted In: , , , , , , . By Kawan_Cyber

Cerita Lucu Menantu.

Pada suatu hari ada seorang lelaki yang separuh abad usianya dan dia
berada dalam keadaan yang runsing dan hidupnya penuh dengan masalah
sejak dia berkahwin.Ini kerana mak mentuanya seorang yang sangat
boring didunia.Lelaki itu pergi melepaskan tensionnya ditebing sebuah
sungai.Ketika sedang dia melepak dia ternampak botol lalu dia ambik
botol itu lalu membuka penutup botol itu maka alangkah terkejutnya
dia kerana terdapat seekor jin yang keluar dari dalam botol itu.Lalu
jin itu berkata master saya akan tunai kan apasaja permintaan
master.Lalu laki itu bertanya"boleh dok aku nok buak permintoe untuk
nok menghapuhke mok mentuo aku deh?Lalu jin itu berkata "ooo!mu ni
ore kelate debe mu gochoh mapuh, oop sori master"dan jin itu
menyambung lagi "kalau master nak saya nak menghapuskan permintaan
tak boleh pasai apa yang master mintak mak mentua master akan dapat
lebih sekali ganda daripada apa yang master dapat."Laki itu kata
pulak"Takpo la deh kito cubo dulu."dan jin itu setuju dan laki itu
mintak dia menjadi orang terkaya dinegerinya supaya dia boleh
mengatasi kekayaan mak mentuanya,lalu jin itu tunaikan.Lalu mak
mentuanya jadi lebih kaya darinya ,lalu laki tadi pun tension.Selepas
berpikir sehari suntuk macammana nak mengatasi mak mentuanya akhirnya
dia dapat satu penyelesaian lalu dia kata kat jin itu"Hoi!jin aku nok
mu belasoh aku separuh mapuh" Lalu jin itu belasah laki itu separuh
mampuih dan laki itu pun pulang kerumah dengan segera dan mendapati
mak mentuanya telah mampuih dibelasah jin itu kerana dia mak
mentuanya akan dapat lebih daripada apa yang diminta oleh laki

Moralnye:Jangan dengki kat orang lain, terutamanya dengan Mak Mertua.


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah sahabat Yang Lucu

Di dalam sebuah kampung terdapat tiga orang sahabat yang sangat
baik.Mereka tinggal ditempat yang diberi nama Amerika dinegeri mereka
orang ramai tidak bercakap didalam bahasa melayu tapi mereka bercakap
dalam bahasa 'omputih'.Lawaknya bermula begini. Pada suatu hari 3
orang sahabat itu berjalan di tebing sebuah tasik, seorang daripada
mereka bernama 'Nobody',seorang lagi 'Crazy'dan seorang lagi
bernama 'Nothing'.Sedang mereka berjalan berseiringan ditebing tasik
dengan tiba-tiba 'Nobody'berasa pening-pening dan dengan tidak semena-
mena 'Nobody'terus jatuh kedalam tasik dan ia tidak pandai
berenang.Lalu kawannya 'Nothing' menyuruh 'Crazy'menalipon 911.
Lalu 'Crazy'pun bergegas pergi talipon 911 dan bercakap dalam
bahasa 'omputih' , "Hello!!,I'm Crazy,I'm calling for Nothing coz'
Nobody fell in the water." Lalu orang dalam talipon itu pun
bertanya "Are you crazy?" dan dia pun jawab"yes I'm Crazy."dan orang
yang ditalipon itu pun meletak talipon.habissss sudahh bah.

Moralnye:sebab tulah diwajibkan letak nama anak-anak dengan nama yang elok-elok belaka.

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Cerita Lucu Budak Bawah Umur

Posted In: , , . By Kawan_Cyber

Alkisah Cerita Budak Kecil dan ibunya yang sungguh Lucu.

Ada sepasang suami isteri serta dengan seorang anaknya yang masih kecil telah pergi ke satu majlis kenduri.Apabila sampai ke kenduri itu mereka pun makan sehingga kenyang tapi dengan tiba-tiba anaknya yang kecil itu menjerit dengan kuat "makkk chek nak kencing" lalu dengan segera maknya menutup mulut budak itu untuk mengaver malu lalu dia membisikkan kepada anaknya "syyy...lain kali kalau nak kencing jangan cakap - mak chek nak kencing ,cakap la chek nak nyanyi"lalu anaknya pun menganggukkan kepalanya saja tanda mengobey perintah maknya itu. Sesudah itu ketika pulang ke rumah mereka sekeluarga berasa sangat letih mak budak itu telah tertidur manakala bapak budak itu sedang berbaring diruang tamu .Ketika dia hendak ketiduran lalu datang anaknya yang hendak terkencing sekali lagi lalu memberitahu bapaknya "paakk chek nak nyanyi " lalu bapanya pun dengan nada keletihan berkata "Ahhh nyanyi kat telinga ayah pelan pelan ayah nak tidur" lalu anaknya pun kencinglah ke dalam telinga ayahnya. Lalu marahlah bapa budak itu pada anak nya .

Moral Cerita Lucu ni : Budak Kecik Tak Tau apa-apa..Jangan ajar benda yang bukan-bukan..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Cerita Murid Yang Lucu.

Posted In: , , , , . By Kawan_Cyber

Cerita ni aku dapat kat email kisah Cikgu dan Murid yang Lucu.

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Moral Of the story : Biar Lawak, Lucu, Kelakar, Jenaka dan ada sense of humor tapi jangan jadi Lawyer Buruk..Setuju tak?


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Cerita Lucu nie dari sorang member yang email kan kat Ju... Masa kite balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua di depan kite satu kat sebelah. Yang kat depan kite ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah kite pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit
tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, i got a lot american dollar in my country". Tercenganglah masing-masing. Belum habis tercengang...si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut(curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut... terus dia membuangnya keluar tingkap... "Why you do that for"kata american tadi... "Don't worry, i
got a lot cigar in my country". Terkejutlah kite dibuatnya. Masa tu kite tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Kite pun ape
lagi....tangkap Bangla tu terus kite campak ke luar tingkap... belum sempat dia orang tanya lagi kite pun cakap lah...,"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESH IN MY COUNTRY"

Moral Cerita Ni : Jangan Hisap Rokok, Jangan Membazir, Jangan Jadi Bodoh..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Sumber:Email

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....



Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Suatu kisah perbualan antara dua sahabat yg pernah aku dengar ..........Kisah benar yg agak lucu tapi mungkin kita dapat sedikit pengajaran drpdnya... !

Kalau anda berbual dengan orang yg suka berhutang selalu anda akan terdengar tutur kata begini...:

" Wah ngko sekarang nampak sudah senang, rumah pun besor, kereta pulak 4 buah, anak2 pun dan besor2....Hai!!Aku nie sekarang hidup susah tak mcm ngko....nak cari makan pun payah, hidup melarat...Boleh tak ngko tulun bagi tau aku kat mana aku bulih meminjam duit????

Sebenarnya, kata2 begini ditujukan kpd anda utk menjerat.....kalau anda bersimpati dgnnya bagilah duit tapi kalau anda tak mahu bagi duit (mungkin utang yg dulu pun blom clear), beginilah jawapannya.........

"Sebenarnya aku sekarang bukan saja senang seperti yg ngko nampak..Aku sekarang sudah kaya-raya!!!cuma aku tak mau nak menunjuk-nunjuk jer!! Aku mcm mana tak kaya,? kalu anak aku atau emak bapak aku mintak hutang pun aku tak bagi...!!!

Dgn kata2 demikian, org itu pun blah tak jadi nak utang....muahaaaaaaaaaaaaa!!

Sumber:Email

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kat Malaysia ni yang paling lawak adalah kumpulan Senario, nak tengok yang paling lawak kat Negara Jepun? Anda tengok la sendiri..




Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.