Gelagat Lucu Monyet Kacau Harimau.
Monyet dan Harimau mana yang lebih berani dan tangkas?soalan yang kedengaran lucu tapi Sebelum korang jawab lebih baik tengok dulu video ni..
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Monyet dan Harimau mana yang lebih berani dan tangkas?soalan yang kedengaran lucu tapi Sebelum korang jawab lebih baik tengok dulu video ni..
Lagu Raya ni ditujukan kepada semua Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik..Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua Pembaca Blog ini..Minta maaf Zahir & Batin..Semoga sentiasa Ceria dan Gembira selalu di samping yang tersayang.. Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang.. Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Korang suka tengok magic tak? aku percaya mesti ramai yang suka tengok magic terutamanya budak-budak kecik..yang dikatakan magic adalah apabila seseorang memotong anggota badan orang lain menggunakan chainsaw atau gergaji tapi orang yang dipotong badannya itu masih boleh hidup dan tidak mengalami kecederaan walau sedikit pun, boleh menghilangkan keretapi yang besar dengan sekelip mata..dalam erti kata lain melakukan sesuatu yang luarbiasa yang mampu membuatkan orang yang melihatnya tercengang, terkejut dan yang sewaktu dengannya..Keajaiban yang disaksikan itu mungkin boleh menimbul keinginan segelintir orang untuk mempelajari magic tersebut..persoalannya sekarang susah ke nak belajar magic ni?mungkin ramai yang beranggapan nak belajar magic ni susah..Sebenarnya tak susah manapun..sesiapa pun boleh belajar..aku cakap camtu sebab aku dah tengok video kat bawah ni..Tak Pecaye ke?Kalau camtu cuba korang Tengok sendiri video kat bawah ni..lepas tengok gerenti korang setuju dengan apa yang aku cakapkan tu..
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Lawak Pelajar
Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?
Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!
Cerita Lucu Harijadi.
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
----
Berita Lawak.
"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.
"Berita baik apa?" tanya ayahnya.
"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.
"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.
----
Begini Cerita Lucunya.Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.
Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”
Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.
----
Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.