Wanita ada 10 suami kena dakwa


MIAMI: Tempoh bulan madu sudah berakhir buat seorang wanita Cuba berusia 26 tahun selepas pihak berkuasa mendapatinya mempunyai 10 suami di Amerika Syarikat.

Eunice Lopez didakwa atas tuduhan mengamalkan bigami selepas pihak berkuasa imigresen Amerika mendapati dia berkahwin dengan 10 lelaki antara 2002 dan 2006 dan semua perkahwinan kekal hingga kini.

Akhbar The Miami Herald melaporkan kelmarin, siasatan ke atas perkara berkenaan mendapati adanya tujuh perkahwinan tambahan menggunakan nama pengantin dan tarikh lahirnya.

“Saya boleh beritahu anda bahawa tidak seorang pun individu yang dikahwininya mempunyai apa-apa jenis kediaman,” kata Terry Chavez, jurucakap bagi pihak Pejabat Peguam Negeri Miami-Dade.

“Kami hanya boleh menganggap dia melakukannya kerana wang, tetapi siasatan masih dibuka.” Lopez tiba di Florida Selatan dari Cuba pada 2002 dan seorang penduduk tetap Amerika.

Pendakwa raya berkata, Lopez menuntut wang tertentu bagi membantu mengekalkan status pendatang dan sentiasa meminta wang daripada suaminya dengan mengugut untuk mendedahkan identiti mereka jika gagal membuat bayaran. - AP

sumber:Berita Harian


Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email