Blog Koleksi Cerita Menarik Yang Lucu Dan Pelbagai Lawak Jenaka.
Macam-macam cerita menarik juga lucu selain lawak jenaka dan kelakar untuk mengurangkan tekanan setelah penat bekerja seharian. Untuk wanita yang mencari petua dan info berguna untuk diamalkan bolehlah singgah di sini. Jangan lupa kepada kisah teladan dan motivasi yang sangat perlu dibaca supaya kita dapat perbaiki diri kita selalu.

Nasib Isteri Yang Setia Ke Hujung Nyawa.

Suami Suzy koma selama tiga bulan kerana ditembak di dada. Apabila tersedar, dia lihat Suzy setia berada di sampingnya.Suami Suzy membuka mulut ingin menyatakan sesuatu pada suzy.
Suaminya berkata: Awak tahu tak sayang?"Mata suaminya digenangi air mata. Suami suzy menyambung lagi..."Awak telah bersama saya setiap saat musibah yang menimpa Saya. Ketika saya dipecat, awak berada di sisi saya. Ketika kita kehilangan rumah, awak berada di sana. Ketika kesihatan saya tak menentu, awak ada di sisi saya. Dan terbaru...ketika saya ditembak, awak juga berada di situ. Dan, awak tahu tak sayang?"
"Apa dia sayang?" soal Suzy lembut dan tersenyum. Suaminya membalas: "Abang rasa sayang selalu bawa nasib buruk dalam hidup abang!"

Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah Si Jojo & Jin.

Posted In: . By Kawan_Cyber

Kisah Si Jojo & Jin.

Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko tersebut dan terus menggosok-gosok
teko tersebut lalu...PLING! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit. Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata "Wahai manusia, oleh kerana engkau telah menyelamatkan aku dari
dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"
"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.
"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.
"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku! jawab Jojo terus belalu pergi.

Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Buku Cerita Sedih.

Posted In: . By Kawan_Cyber

Buku Cerita Sedih.

Seorang suami sedang melepak-lepak minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. Suami terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku.
Tiba-tiba air mata isterinya mengalir. Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis.
Suami: Sayang, kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya baru habis baca buku, sad ending...sedihlah bang.
Suami:: Buku apa tu Sayang?
Isteri: Buku bank abanglah!!


Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Pengaruh Bahasa Jepun di dalam Bahasa Melayu.
Istilah cacamarba Melayu-Jepun.

Suka pemarah-KEIJI CACIMAKI
Suka berjimat-SAYORI SUKAMURA
Orang bisu-KIETA TADASORA
Suka makan nasi-NANACHI KASIBANYA
Suka layan blues-APO NADIKATO
Suka belajar-ASHIKO ULANGKAJI
Kerap buat kacau-WAKASI HURUHARA
Sangat kedekut-MATIMATI TAMOKASI
Kuat tidur-ICHIBAN TIDOMATI
suka mengintai-HINTAI AKOSUKA
Orang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Kena tinggal bini-SUSAHATI BINILARI
Suka merempit-SAJA CARIMATI
Lembap sangat-AYUMI CIPUTBABI
Suka campur aduk-HAIK CACAMARBA

Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Kisah Cinta Tiga Sahabat.

Posted In: . By Kawan_Cyber

Kisah Cinta Tiga Sahabat.

Tiga sahabat belajar di universiti yang sama bertemu di sebuah kafe.

Tajul: Eh! Saiful. Kalau tak salah, kau dulu couple dengan Wahida kan? Kenapa tak jadi kahwin?
Saiful: Orang tuaku tak setuju. Mereka kata aku dengan Wahida tak setaraf. Wahida anak orang miskin. Err, cinta kau dengan Rini pula macam mana?
Tajul: Sama juga. Orang tuaku tak benarkan bercinta dengan Rini sebab aku dan dia lain agama. Aku   terpaksa putus. Ketika Tajul dan Saiful sedang bersembang, Jojo hanya diam sahaja.
Tajul: Kenapa Jojo? Cinta dengan Liza putus juga ke?
Jojo: Ya!
Saiful: Kenapa tu?
Jojo: Sebab aku dan Liza berlainan jenis.

Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Permintaan Terakhir
Mutusami yang sakit tenat dikelilingi saudara-mara dan isterinya, Kavita. Keempat-empat anaknya pun ada sama, cantik dan tampan, kecuali yang bongsu-kurus, hitam dan hodoh pula.Mutusami berbisik kepada isterinya, Sayang, betulkah anak bongsu kita ni daripada darah daging abang? Abang hendakkan kepastian sebelum abang meninggal dunia.Abang akan maafkan sayang kalau sayang be..."Kavita memintas,  "Ya bang. Betul, dia anak abang. Saya bersumpah, abang adalah ayahnya."Mutusami mati dengan tersenyum. Kavita pula mengurut dada, dalam hatinya berbisik, "Nasib baik dia tak tanya pasal yang tiga lagi."

Lemah Matematik Punya Pasal.
Kumin didenda supaya menulis perkataan, 'Saya minat sejarah' sebanyak 100 kali disebabkan dia gagal dalam ujian mata pelajaran tersebut. Sepuluh minit berlalu, guru sejarah datang memeriksa buku Kumin.. dia terkejut.."Kumin! saya suruh awak tulis 100 kali, tapi awak tulis 30 kali aja. Kenapa ni Kumin?"si cikgu marah. "Maaf cikgu,"jawab Kumin, "saya ni memang lemah matematik."

Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..

Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 

Pelakon Teater & Kisah Akhir Zaman.

Posted In: . By Kawan_Cyber

Akhir Zaman
Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh..
"Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak permpuan. Sama aja.Tengoklah budak lelaki tu.."kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hijau yang sedang berlari-lari dengan kawannya.Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, "Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan."Si bapa tadi tersipu-sipu. Dia cepat-cepat meminta maaf. "Saya tak bermaksud nak malukan encik.  Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya.."Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. "Tidak. Saya bukan bapanya, saya emaknya."

\Pelakon Teater
Dollah, seorang pelakon teater, menghadapi masalah susah mengingati skrip. Malklumlah, umurnya dah meningkat, banyak masalah pula. Puas Dollah berubat tetapi hasilnya mengecewakan. Suatu hari,
seorang pengarah teater menawarkannya berlakon. Adegannya pendek saja, dialog pun ringkas. Dollah pasti dapat mengingatinya.Kata Pengarah: "Peranan awak mudah saja, tapi sangat penting sebab ia aksi pertama sebagai pembukaan pementasan.Bila tirai dibuka, awak hendaklah naik ke pentas dengan membawa sekuntum mawar. Pegang bunga itu dengan tangan kanan, ciumnya dalam-dalam dan berkata,
 "Ahh, harumnya baumu wahai mawar,bunga kesayanganku" sambil tangan yang sebelah lagi didepangkan ke udara. Ingat tu!"Dollah mengangguk. Sepanjang hari dia berlatih bersungguh-sungguh dan mencuba aksi itu berulang kali. Hari pementasan tiba, penonton bertepuk tangan,dewan riuh-rendah dengan sorakan.Tirai dibuka dan tugas Dollah pun bermula. Penuh bersemangat Dollah berjalan ke tengah pentas, kemudian berkata, "Ahhh, harumnya baumu wahai mawar, bunga kesayanganku" sambil tangan kirinya diangkat keudara.Suasana tiba-tiba menjadi kecoh. Penonton ketawa terbahak-bahak. Dari belakang pentas terdengar si pengarah menjerit."Tak guna! Kamu hancurkan teater arahan aku yang pertama ni.Pergi!Pergiii!!!!Dollah terpinga-pinga. "Kenapa? Saya salah baca skrip ke?""Tak!!!jerit pengarah. "Kamu lupa bawa bunga mawar!"



Anda ada Cerita Ataupun Video Yang Menarik Yang Ingin Di Kongsikan Kepada Pembaca Blog Koleksi Cerita Menarik Ini? Jika ada, Kongsikan Di sini Sekarang..
Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email

[+/-] Baca Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Koleksi Cerita Menarik-Kisah Lucu, Jenaka, Lawak, Kelakar, Best, Petua, Teladan, Motivasi, Macam-macam, Fakta, Info Yang Berguna. niez_kb@yahoo.com.